mcmc
Maklumat PI

Maklumat PI1M Kg Pulau Semut

FRONT

 

FRONT

 

Pi Kg Pulau Semut

Dewan Serbaguna, Batu 16 1/2 Kg Pulau Semut

Solok Duku 78300 Masjid Tanah, Melaka

 Latitude : 2°  20.127′ , Longitude : 102°  07.367′

Pusat Internet (Pi) Kampung Pulau Semut, Masjid Tanah, Melaka mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Pi Kg Pulau Semut merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 PUSAT INTERNET untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2  dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka .

Pi bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara berdaya saing dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Pusat Internet Kg Pulau Semut  terletak di dalam Kampung Pulau Semut, di daerah Alor Gajah. Terletak bersebelah dengan Surau Mahabbah dan Balairaya Kg Pulau Semut.

Peta Lokasi PI Kg Pulau Semut

 

Page Facebook : Pusat Internet  Pulau Semut

 

Waktu Operasi :-

PI Kg. Pulau Semut beroperasi pada setiap hari (Isnin – Ahad) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Pihak pengurusan akan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh operasi sehingga jam 10.00 malam sekiranya mendapat permintaan dari komuniti. PI ditutup pada cuti umum.

 

Waktu Operasi

Masa

Isnin – Ahad

Rehat

9.00 pagi– 6.00 petang

1.00 – 2.00 petang

* PI akan ditutup pada hari cuti umum .

 

 Petugas :-

Terdapat 2 orang petugas yang mengendalikan PI Kg Pulau Semut iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus.

 

JAWATAN

NAMA PETUGAS

EMEL

PENGURUS

Nur Farida Binti Abu Bakar

pulausemut@pi1m.com.my

PEN. PENGURUS

Norazlina Binti Hamzah

 

 

Perkhidmatan yang disediakan :

**Caj Baru Penggunaan Internet/Peralatan Di Pusat Internet  yang berkuatkuasa pada 1 April 2016**

caj penggunaan baru

1). Penggunaan Internet / Komputer :-

2). Pembelajaran kelas komputer secara percuma

 

Pendaftaran Keahlian (Seumur hidup)

RM 5

AHLI ( 1 Jam)

RM 1

Bukan Ahli( 1 Jam )

RM 2

Antara Kelas dan Program yang dijalankan :

  • Kelas Asas Microsoft Office ( Word, Excel & Power Point)  
  • Asas Photo Editing (Photoscape)
  • E-Pembelajaran (Internet & Emel)
  • Online Tuisyen (Unicliq)
  • Intel Easy Steps (IES)
  • Media Sosial (Facebook)
  • Latihan Keusahawanan

 

 

Pusat Internet merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 13 Pusat Internet telah di wujudkan di negeri Melaka yang terdiri dari fasa 1, 2, 4 dan 5.

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :-

            • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
            • e-Pembelajaran (e-Learning)
            • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
            • Pusat Komunikasi
            • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
            • Pusat peperiksaan dan persijilan.