Amalan Nisfu Syaaban

Maklumat Setempat | 8 March 2023
 
 

capture 20230308 124636 crop

Malam Nisfu Syaban merupakan salah satu malam yang sangat
istimewa selain malam Lailatul Qadar.
Umat Islam dianjurkan untuk menghidupkan bulan Syaaban
dengan memperbanyakkan ibadah membaca Al-Aquran, beristighfar, bertaubat,
berdoa, solat hajat dan menambah ibadah yang lainnya untuk mendekatkan diri
dengan Allah SWT.
 
Pada bulan Syaaban juga Allah SWT membuka pintu keampunan
seluas-luasnya untuk Umat Islam memohon keampunan. 
Sesungguhnya berdoa pada malam nisfu Syaaban adalah mustajab.
 

Firman Allah SWT :
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada mereka):

`Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”— Nuh :10