FASA PERALIHAN KE ENDEMIK – LANGKAH 1

Maklumat Setempat | 22 March 2022

275581515 337522738409736 2292412017264713479 n

 

Langkah 1 – Fahami tentang COVID-19

Untuk hidup selamat bersama virus COVID-19, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19.

Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV-2:
? Mudah merebak dan mampu menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru.
?Sering bermutasi menghasilkan varian baru yang mungkin lebih ganas dan mudah merebak.
? Kebarangkalian mutasi adalah tinggi apabila virus ini dapat merebak dengan mudah.

Penyakit COVID-19 berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi golongan berumur 60 tahun ke atas atau mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan mungkin berakhir dengan kematian.

                           ?Mari kita sama-sama hentikan rantaian penularan COVID-19