mcmc
Maklumat Setempat

GUNAKAN MYSEJAHTERA

138541432 2845078545781999 5499934783044952375 o

138541432 2845078545781999 5499934783044952375 o

Anda buat swab test di swasta. Keputusannya positif. Anda menunggu KKM call. Kata doktor anda, beliau sudah notifikasi kes anda ke KKM.

Namun tiada yang call.

Sudah kuarantin kendiri berhari di rumah. Majikan duk tanya bila nak datang kerja? Bila boleh keluar? Sekarang guna cuti sendiri untuk bercuti.

Keluarga anda pun turut kuarantin namun kuarantin kendiri. Mereka terpaksa guna cuti sendiri. Hendak dapatkan cuti kuarantin wajib arahan KKM perlu menunggu tindakan KKM kepada anda dahulu.

Anak pula ditegah oleh pengasuh daripada datang ke nursery. Contact pejabat kesihatan pula tidak berjaya tembus. Risau, gelisah, tension. Pastinya pelbagai lagi pengalaman lain yang mungkin dihadapi oleh anda.

Usah risau lagi. Kerana ianya boleh dilakukan terus dengan Mysejahtera. Dengan Mysejahtera, anda boleh laporkan kes anda secara terus ke KKM. Dan jika verifikasi berjaya, mysejahtera akan terus mendaftarkan anda sebagai pesakit covid dan KKM akan kenal pasti anda dalam masa terdekat.

Anda juga boleh bantu mengawal keadaan pandemik ini dengan berkongsi maklumat ini kepada kenalan anda yang mungkin mempunyai keadaan yang sama seperti di atas