Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma adalah digesa untuk mendaftar segera sebelum 31 Mei 2020 di portal www.mytvbroadcasting.my/B40 atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988.
Inisiatif pemberian dekoder tambahan myFreeview secara percuma kepada mereka yang layak ini adalah untuk memastikan tiada golongan yang tercicir dalam mengakses informasi secara mudah dan berkualiti melalui penyiaran TV digital.